Untuk Hidup yang Lebih Sihat dan Berkualiti

Kenali Sacha Inchi

Sejak kebelakangan ini, sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai dan ia berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘super food’ di dunia bermula dari tahun 2016. Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi, yang bermaksud ‘kacang Inca’, sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Bukti masyarakat Inca menggunakan sacha inchi boleh dilihat pada pelbagai seramik dan makam masyarakat Inca.

Berdasarkan kepada catatan sejarah, para pahlawan Inca menggunakan minyak yang dihasilkan daripada benih sacha inchi disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai, serta nutrisinya yang kaya. Bagaimana rahsia masyarakat Inca – salah satu peradaban kuno paling berkuasa di dunia – yang tersimpan rapi di hutan Amazon mereka berjaya menembusi pasaran global pada zaman ini?

Dengan serangan makanan segera serta makanan ringan yang tidak mempunyai sebarang manfaat, sehingga menyebabkan ramai orang mendapat penyakit berat seperti kanser pada usia muda, masyarakat moden pada hari ini semakin sedar akan betapa pentingnya untuk kembali kepada sumber pemakanan semulajadi, seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat zaman silam. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa ‘super food’ merupakan solusi terbaik bagi mengatasi masalah kesihatan yang kerap dijumpai pada masyarakat moden.

 

LIHAT PRODUK BERKAITAN



1 thought on “Kenali Sacha Inchi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *